Trend masa kini wanita Melayu-Islam : minum arak

drinking

Wanita mempunyai corak pemikiran yang agak berbeza daripada lelaki. Prestasi wanita lebih menyerlah ketika di sekolah rendah dan menengah berbanding lelaki.

Wanita lebih bagus pada fungsi otak kirinya (mirip kepada fungsi komputer) : menghafal, mengingat, dan mengira.

Manakala lelaki lebih berfokus pada otak kanan : idea kreatif, sesuatu yang baru, dan sesuatu yang bergerak (dinamik).

Tetapi di alam pekerjaan, lelaki lebih menonjol lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan kerana alam perniagaan begitu sesuai dengan ciri-ciri semulajadi lelaki.

Dalam menguruskan kehidupan seharian juga lelaki lebih cekap. Pada ketika ini, fungsi otak kanan lebih diperlukan.

Cuba kita tanya pada diri sendiri, mengapakah terdapat wanita lulusan universiti yang meminum arak? Wanita yang tergolong dalam golongan ‘orang pandai’ ini mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran termasuk pelajaran agama Islam tetapi mengapakah mereka tetap meneguk arak?

Apakah dia tidak diajar tentang haramnya arak dalam subjek pendidikan Islamnya? Walaupun Islam begitu kuat dalam memorinya, walaupun solatnya tetap dilakukan, walaupun auratnya terjaga, tetapi pelik, meneguk arak bagaikan suatu yang biasa dan tidak berdosa.

Seharusnya penghayatan Islam perlulah lebih mendalam. Bukan hanya untuk kecemerlangan akademik. Pendidikan Islam adalah subjek terpenting antara subjek-subjek lain. Kita perlu tegas dan teliti ketika mempelajari subjek agama Islam ini.

Ingat Allah selalu. Bayangkan esok adalah hari kematian kita. Jika ada rakan yang mempelawa kita meneguk arak atau apa-apa yang berdosa, kita tak perlu malu untuk membantah. Tiada bangganya meneguk arak. Jika rakan tersebut terus mendesak, buatlah aduan dengan sesiapa yang boleh membantu. Percayalah, masih ramai yang boleh membantu.

Tidak kasihankah pada ibu anda yang telah bersusah-payah mengandung dan melahirkan anda? Adakah ini hadiah untuk ibu yang telah bersusah-payah? Tanamkanlah di dalam diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah hadiah kepada ibu kita. Ingatlah wajah ibu kita. Tidak kasihankah padanya?

Suatu hari nanti dengan lelaki manakah kita ingin kahwini? Adakah dengan lelaki yang baik atau lelaki yang suka melakukan dosa? Pastinya dengan lelaki yang baik. Jadi, perlulah kita menjaga akhlak kerana Allah akan memilihkan pasangan untuk kita daripada jenis kita. Seorang ahli maksiat layaknya dengan ahli maksiat.

Kehidupan selepas kahwin manakah pilihan anda:

  1. Hidup tenang dengan lelaki baik yang bertanggungjawab, dengan anak-anak yang comel dan baik.
  2. Hidup bersama kaki botol yang sering mabuk-mabuk, anak-anak yang suka mencuri-curi minum arak suami anda, di dalam peti ais ada arak, atas meja ada arak, rumah kotor. Selalu juga suami anda melakukan zina dengan wanita lain kerana tidak sedar dalam keadaan mabuk, kata-katanya pun semakin kurang ajar. Daripada kesan mabuk arak juga, suami anda mula meninggalkan solat dan tidak bertanggungjawab. Kehidupan terabai. Suami anda meninggal dunia dalam keadaan berdosa besar.

Manakah pilihan anda? Nombor 1 atau 2?

Ingat pesan Rasullah SAW, bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan.

Leave a comment